Situasi:
Akhwat A : Kenapa pakai celak ke sekolah?
Akhwat B : Alah. Kan pakai celak tu sunnah nabi. Dapat pahala tau kalau ikut sunnah nabi.
Akhwat A : Ya, betul. Tapi kenapa solat tidak ditunaikan? Bukan ka solat tu wajib? Kalau tunaikan
dengan sempurna dapat pahala, kalau ditinggalkan dapat dosa. Betul bukan?
Akhwat B : Err..
(Akhwat B tidak mampu jawab)
===========================================================================
Begitulah dia situasi masyarakat kini. Lebih mengutamakan sunnah daripada perintah. Bukan saya mengatakan yang sunnah Nabi tidak patut dilaksanakan, tetapi adalah lebih baik kita laksanakan dahulu perintah Allah. Menunaikan solat dan puasa bukanlah susah sangat pun, namun hairannya ramai yang malas menunaikannya.
Situasi di atas sering terjadi di sekolah saya, apabila sesi spot-check diadakan. Apabila di tanya mengapa bercelak ke sekolah, mereka akan menjawab, "ikut sunnah nabi". Pihak sekolah tidak menerima alasan tersebut kerana sudah termaktub dalam buku peraturan yang sebarang alat solek adalah dilarang untuk digunakan kecuali berbedak nipis. Apabila nama mereka yang bercelak di catat dalam buka salah laku disiplin, mereka akan marah dan mengatakan yang pihak sekolah melarang pelajar mengikut sunnah nabi. Tetapi apabila mereka disuruh untuk solat, mereka buat-buat terlupa. Aduhai! Apa sudah terjadi kepada para pelajar.
Mereka bukanlah dilarang menunaikan sunnah nabi, tetapi bercelak itu di kira melanggar peraturan kerana ia merupakan solekan. Pihak sekolah sebenarnya menyayangi pelajar dengan menyuruh mereka melaksanakan solat, tetapi mereka enggan. Mereka bukan lagi budak kecil, mereka sudah pelajar sekolah menengah. Namun mereka tidak memikirkan makna sebenar pihak sekolah berbuat demikian. Kita dikurniakan akal oleh Allah S.W.T. untuk berfikir, oleh itu renung-renungkanlah. Sekian.
Qurratu'ain Husna
No comments:
Post a Comment