Saturday, 10 December 2011

Puisi buat Adam..


Wahai Adam,
Akulah insan yang dijadikan dari tulang rusukmu,
Akulah insan yang diciptakan untuk menjadi pasanganmu,
Akulah insan yang bergelar HAWA..

Wahai Adam,
Engkau adalah pemimpin buat kami yang bergelar Hawa,
Engkaulah insan yang diciptakan untuk membentuk kami yang bergelar Hawa,
Engkaulah manusia yang dijadikan untuk mendidik kami yang bergelar Hawa..

Wahai Adam,
Engkau mengambilku menjadi permaisuri di hatimu kerana empat perkara,
Kerana kekayaanku,
Kerana kecantikanku,
Kerana keturunanku,
Kerana agamaku..

Wahai Adam,
Jikalau engkau ingin menikahiku kerana kekayaanku,
Fikirkanlah ianya kembali,
Kerana kekayaan ku itu tidak menjamin kebahagiaan mahligai kita bersama,
Kekayaan ku itu mungkin memberi keindahan hidup kita di dunia,
Tetapi kekayaan itu tidak mungkin akan memberi keindahan hidup kita di akhirat kelak..

Wahai Adam,
Jikalau engkau ingin menikahiku kerana kecantikanku,
Fikirkanlah ianya kembali,
Kerana kecantikanku ini tidak menjamin keindahan hidup kita bersama,
Kecantikan ku inilah yang akan membuatkanmu sentiasa curiga apabila aku kau tinggalkan sendirian,
Apabila perasaan ini semakin membara,
Alamatnya kucar-kacirlah mahligai kita..

Wahai Adam,
Jikalau engkau ingin menikahiku kerana keturunanku,
Fikirkanlah kembali,
Kerana keturunanku itu tidak menjamin apa-apa selain ’nama’,
Walaupun aku keturunan bangsawan sekalipun,
Itu tidak bermakna yang kita akan mempunyai kebahagiaan hidup dalam mahligai cinta kita,
Sesungguhnya apalah erti cinta seandainya hanya pada nama dan keturunan..

Dengan itu wahai Adam,
Nikahilah aku kerana agamaku,
Dengan ini Insya-Allah kita mampu hidup bahagia dalam mahligai cinta kita,
Kita akan bercinta kerana Allah S.W.T.,
Kita akan berkasih kerana Allah S.W.T.,
Kerana percintaan kita kerana agama akan membawa kita kepada keredhaan Allah S.W.T.
Insya-Allah.

Wednesday, 7 December 2011

Sayang Ayah


Ku melihat wajahnya yang penuh dengan keperitan. Matanya terpejam seakan menahan kesakitan yang ditanggungnya sejak kebelakangan ini. Air mataku mengalir, tanpa ku sedari air jernih itu menitis jatuh ke pipinya. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia tersenyum. Tangannya membelai lembut pipiku. Aku tertunduk. Sebak sungguh hatiku. ”Ayah.. Ira minta maaf..” bisik hatiku.
                                                                                ***        ***     ***
 ”Kenapa ayah pandai-pandai nak percepatkan tarikh pernikahan Ira?” kataku dengan nada yang tinggi. Adik-adikku, Hakimi dan Zarfan, hanya melihat kami dari jauh. Tidak berani masuk campur apabila aku mula berperang dengan ayah. Ayah menghembus nafas panjang. ”Ira.. Buat apa la Ira nak bertunang lama sangat? Kan lagi bagus dipercepatkan.. Lagipun, Amirul dan Ira pun kan dah lama sangat berkawan.. Takkan masih tak kenal hati masing-masing kot.. Amirul pun dah bersetuju nak langsungkan akhir bulan ni.. Ngam-ngam waktu cuti sekolah..” kata ayah. Aku menahan kemarahanku. ”Ya.. Memang betul.. Tapi cuti sekolahkan cuma seminggu.. Ira kena semak kertas pelajar sepanjang waktu tu! Manada la cukup masa nak mengurus ini dan itu.. Sedangkan nak urus ayah ngan diorang berdua tu pun  kena ambil masa yang lama.. Apalagi nak urus majlis nanti! Ergh! Ayah ni!” jerit ku kepada ayah lalu berlari masuk ke dalam bilik. 

”Yang awak setuju kenapa?” kata ku kepada tunangku melalui telefon. ”Laa.. Mesti la saya setuju.. Rezeki dah terbuka untuk kita kahwin awal.. Takkan saya nak tolak.. Nanti awak di sambar buaya lain, rugi saya..” kata Amirul lalu ketawa. ”Jangan ketawa boleh tak? Tak lucu langsung tau!” kataku. ”Okey.. Okey.. Sorry la.. Tapi kita dah tak boleh buat apa-apa dah.. Mak ngan ayah saya dah kirim kad jemputan kat saudara-saudara yang jauh.. Diorang dah tempah flight dah..” kata Amirul. Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal. ”Eh! Cepatnya.. Sebenarnya bila ayah saya bincang ngan awak ni?” tanyaku. ”Hm.. Minggu lepas hari Jummat.. Kebetulan saya jumpa dia kat masjid.. Why?” tanya Amirul. Aku terus mematikan panggilan. ”Ayah!!” jeritku dari dalam bilik. Ayah masuk ke dalam bilik ku dengan wajah yang pucat. Semput kerana terkejut. ”Ya, sayang?” tanya ayah. ”Kenapa baru tadi ayah beritahu Ira yang ayah percepatkan tarikh pernikahan Ira, sedangkan ayah dah bincang ngan Amirul minggu lepas? Ayah sengaja nak cari pasal kan? Tengok sekarang! Ira dah tak dapat nak ubah tarikh lagi sebab kad jemputan dah kena hantar.. Ayah ni kan! Ira benci ayah!” jeritku lalu menyembunyikan diri dalam selimut. ”Ira.. Ayah minta maaf, nak.. Tapi Ira akan tau kenapa ayah buat begitu.. Insya-Allah..” kata ayah dengan lembut lalu menutup pintu bilik.

Malam itu, aku langsung tidak keluar dari bilik. Aku masih merajuk dengan ayah. Terpaksalah adik-adikku yang menyediakan makan malam diorang sendiri. Kalau ibu masih hidup, tentu ibu tahu apa yang hendak dibuat.  Sedang aku asyik melayan kesedihan, pintu bilikku dibuka. ”Ira.. Makan malam dah sedia.. Mari makan, sayang.. Hakimi ada masak mee goreng kegemaran Ira..” kata ayah. ”Tak nak.. Takda selera..” kataku. ”Hm.. Takpa la.. Ayah tinggalkan makanan kat bawah tudung saji tu nanti.. Sekalipun Ira merajuk, jangan la sampai menyiksa perut tu ye, nak.. Jamah la biarpun sikit..” kata ayah lalu menutup rapat pintu ku. Sekitar pukul 10 malam, aku keluar dari bilik untuk makan. Setiba di ruang makan, aku menghidupkan lampu. Alangkah terkejutnya aku melihat ayah tidur di ruangan tersebut. Ayah terbangun dari tidur. ”Ira.. Ira nak makan, sayang?” tanya ayah. Aku mengangguk. ”Sini.. Sini.. Duduk..” kata ayah lalu menuangkan air ke dalam gelas. ”Kenapa ayah tak tidur dalam bilik?” tanyaku. ”Ayah nak temankan puteri ayah ni makan.. Tak sampai hati nak biarkan makan seorang-seorang..” kata ayah. Aku terdiam. Malu dan terharu.
                                                                                ***        ***        ***
”Ya Allah.. Apa je la budak-budak ni tulis..” kataku sambil menyemak kertas peperiksaan anak-anak muridku. Lagi 3 hari aku bakal meraikan hari pernikahanku, tapi masih banyak yang belum ku urus. Kertas peperiksaan anak-anak muridku baru 37 dari 123 yang telah ku semak. Kalau semuanya tulis dengan bagus, okey la. Ni pula tak. Kena lagi ngan pelajar-pelajar ku yang suka mencampurkan bahasa Melayu dalam karangan diorang. Aduhai. Secara tiba-tiba satu ciuman hinggap di kepalaku yang tidak dilapisi tudung. Aku pusing dan kelihatan ayah tersenyum lebar melihatku. ”Ayah.. Ira banyak kerja ni.. Ada hal penting ke?” tanyaku. ”Ya.. Penting sangat.. Jom ikut ayah..” kata ayah lalu menarik tangan kanan ku. ”Okey.. Tapi cepat tau..” kataku. Aku menutup mataku dengan tangannya lalu membawa ku berjalan. ”Okey.. Dah sampai..” kata ayah. ”Ada apa ni ayah?” tanyaku. Ayah melepaskan tangannya. Mataku terbeliak besar. ”Ya Allah.. Cantiknya..” kataku dengan senyuman. Baju pengantinku telah gantung kemas pada almari. ”Suka tak?” tanya Zarfan. Aku mengangguk. ”Ayah yang jahitkan.. Serba-serbi betul ayah kita ni kan, kak?” kata Zarfan lagi. Aku melihat ayah lalu ku peluknya dengan erat. ”Terima kasih, ayah!” kataku. ”Pergilah cuba.. Ayah tunggu kat luar..” kata ayah lalu meninggalkanku dalam bilik sendirian.

”Ya Allah.. Cantiknya puteri ayah..” kata ayah. Jubah satin berwarna putih dengan dibaluti kain jarang. Pergelangan tangannya dijahit dengan getah, jadi tidak perlulah aku menggunakan sarung lengan nanti. Ayah mendekatikku lalu menghulurkan aku sebuah kotak berwarna ungu. ”Apa ni?” tanyaku. Aku membuka kotak itu dan melihat sehelai tudung yang juga berwarna putih. ”Ni ayah jahit khas untuk puteri ayah..” kata ayah. Aku menyarungkan tudung itu yang labuh menutupi bahagian punggungku. ”Sekali pun Ira jadi ratu sehari, tapi aurat tu kena jaga.. Sebab aurat tu maruah wanita..” nasihat ayah.
                                                                                ***        ***        ***   
”Alhamdulillah.. Akhirnya, Ira jadi juga isteri saya ya..” kata Amirul. Kira-kira pukul 10 pagi tadi kami dinikahkan. Alhamdulillah. Akhirnya selamat juga aku bergelar sebagai seorang isteri. Aku tersenyum lembut padanya. Malam itu kami benar-benar merasa amat letih. Seharian suntuk kami melayan tetamu. Berehat pun hanya untuk menunaikan solat. Lepas solat, sambung lagi layan tetamu. Kira-kira pukul 11 malam baru kami dapat merehatkan diri. Sedang kami asyik berbual, handphone ku berbunyi. Terpampang nama adik, Hakimi. ”Helo? Assalamualaikum..” kataku. ”Waalaikummussalam.. Kak, Hakim minta maaf kalau mengganggu kakak.. Tapi ayah masuk hospital..” kata Hakimi. Aku terdiam. Dengan segera, kami menuju ke hospital. Orang ramai melihatku dengan pandangan yang pelik. Manakan tidak. Aku berlari menuju ke wad rawatan dengan pakaian pengantinku yang belum sempat pun ku ganti.

Setiba aku di bilik wad ayah, aku menangis. Waktu itu, ayah masih belum sedarkan diri. Menurut doktor, jantung ayah tidak lagi dapat berfungsi dengan baik dan keadaannya amat tenat. Sebaik saja ayah tersedar, ayah memandangku lalu bertanya, ”Ira.. Ken.. Ken.. Kenapa..  Ira.. Ira.. Nang.. Nangis?” . Suara ayah begitu perlahan. Aku tidak mampu menjawab. Ayah melihat suamiku yang berada di tepi sebelah kirinya. Dia menarik sedikit lengan baju suamiku. Amirul mendekatkan dirinya kepada ayah, tanpa di sedari satu tamparan lembut singgah di pipinya. ”Kalau.. Amir.. berani.. bu.. bu.. buat puteri ayah nangis.. awas..” kata ayah. Amirul tersenyum lalu mengangguk. Ayah turut tersenyum.

Malam itu, aku menemani ayah. ”Ira.. Jadi la isteri yang solehah ya.. Ira kena contohi peribadi Saidatina Khadijah.. Anak ayah ni kena selalu tabah.. Jangan asyik menangis dan merajuk aje.. Nanti, bila ayah dah takda, tolong la jaga adik-adik Ira tu ye.. Ira tolong pastikan diorang tak patah semangat.. Bila diorang graduate, Ira mesti kena datang tau.. ” pesan ayah. ”Bila Ira dah ada anak, didik la diorang dengan Islam dan besarkan diorang dengan Islam.. Namakanlah diorang dengan nama-nama yang baik.. Panggillah diorang dengan nama-nama yang baik..” kata ayah. Aku mengangguk.

”Ayah.. Ira nak ke tandas kejap ye..” kataku. Adikku, Zarfan mengambil alih menjaga ayah. Sebaik saja aku keluar dari bilik, kelihatan suamiku sedang duduk mengantuk di kerusi luar. ”Bang.. Maafkan Ira..” kataku. Dia tersenyum manis. ”Takpa, sayang.. Abang tau Ira masih nak jaga ayah.. Abang izinkan.. Abang pun nak tunggu sama..” katanya. Aku tersenyum. Gembira yang dia memahami keinginanku.

                                                                                ***        ***        ***
Azan Subuh berkumandang menyedarkan aku dari tidur. Suamiku tertidur di atas sejadah. Agaknya dia mengantuk lepas tunaikan solat tahajjud semalam. Adik-adikku pula yang seorang membaca buku dan yang seorang pula menghadap laptop. Secara tiba-tiba, ayah menepuk lembut tanganku. ”Ira.. Ayah nak makan mee goreng la..” kata ayah. ”Ada kedai makan kat depan tu buka 24 jam.. Akak pergi la.. Biar kitorang jaga ayah..” kata Hakimi. Aku dan suamiku menuju ke kedai yang di katakan itu. Aku tersenyum melihat dia menguap banyak kali. Kasihan suamiku. Sebaik saja membeli mee goreng untuk ayah, kami kembali ke bilik wad.

Hatiku menjadi gusar melihat beberapa orang jururawat bergegas masuk ke bilik ayah. Aku dan suamiku berlari meuju ke bilik ayah. Secara tiba-tiba, aku rebah jatuh. Air mataku mengalir deras. ”Ayah!!” jeritku sekuat-kuatnya. Aku menolak doktor yang berada di sebelah ayah. Aku memeluk ayah dengan erat. Suamiku dan adik-adikku cuba menenangkan aku. ”Sabar, sayang.. Sabar..” kata suamiku. ”Sabar, puan.. Allah lebih sayang ayah puan..” kata doktor yang merawat ayah. Jasad ayah terbaring kaku tanpa nyawa. Aku menangis dibahu ayah. Ketika itulah aku tahu mengapa ayah mempercepatkan tarikh pernikahanku. Rupa-rupanya ayah ingin melihatku bernikah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ayah, Ira sayangkan ayah. Maafkan Ira atas kekurang ajaran Ira.

Monday, 21 November 2011

Saff-One Camar Kelukaan

Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirakn kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan

Tuesday, 15 November 2011

Bunga-Bunga Cinta

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.. Yeah! Alhamdulillah, cuti sekolah mula sudah! Boleh la rehat-rehat sikit, but masih rasa stress fikir SPM yang bakal mendatang next year =__=
But, nanti dulu fikir pasal tu. Hari ni, saya mau kongsikan sikit tentang apa yang saya buat masa cuti sekolah ni (padahal baru 4 hari cuti sekolah :D) Okey, ni dia BUNGA-BUNGA CINTA ! Hehe. Romantic semacam bunyinya. Simple n a bit boring di tengok, but at lease masa terluang juga dengan baik. Ni dia simple tutorial cara buatnya:




 Bahan-bahan: a) 2 reben (apa warna pun boleh)
                      b) Gam UHU
                      c) Gunting
                      d) Balang yang cantik :)
 Step 1: Potong reben mengikut panjang yang anda suka. Makin panjang lagi cantik jadinya. Pas potong, lipat reben jadi 2 bahagian yang sama panjang. After that, lipat salah satu jadi macam gambar di atas :)
Step 2: Lipat lebihan reben yang sebelah kiri ke kanan. Reben yang bawah lipat naik atas. Ulang dua-dua cara ni banyak kali sampai reben jadi pendek :)
Step 3: Lepaskan reben sampai terjurai macam dalam gambar di atas ni :)
Step 4: Tarik lebihan reben yang sebelah kiri perlahan-lahan, sampai jadi bentuk bunga. Hati-hati, jangan sampai terlebih tarik pulak, nanti rosak pulak jadinya.Sebelah kiri reben tu akan jadi panjang tau :)
Step 5: Ambil satu lagi reben yang lain warnanya. Pastu, potong pendek sejak ya :)
Step 6: Ambil hujung reben and then guna gum UHU untuk lekat. Buat di kedua-dua bahagian reben. Ni fungsinya as daun.
Step 7: Ambil reben yang sudah jadi bunga tadi and then guna gum UHU untuk attach dengan daun :)
Step 8: Buat la sebanyak yang you want. Macam saya, saya buat 62 buah bunga-bunga cinta ni. Lepas buat, letak la semuanya dalam balang. :)

Bila sudah siap, letak la di tempat yang cantik or untuk lebih special, hadiahkan la untuk yang tersayang, macam mummy, kakak, adik, kawan or cikgu. Biarpun bunga-bunga ni banyak dijual di kedai-kedai hiasan, tapi leagi special kalau buat sendiri. Well, ni la dia yang saya buat waktu cuti tahun 2011 ni. Kalau ndak buat sekarang, bila lagi? Bagi yang mau mencuba, SELAMAT MENCUBA! Sekian, Assalamualaikum :)



Saturday, 12 November 2011

Jangan Salahkan Si Kecil Itu!

”Aya, nak ke mana lagi tu, sayang? Dah malam dah ni.” kata mak kepada ku. ”Ala mak. Macam tak tau pula. Nak keluar ngan kawan la.” kataku sambil melabuhkan selendang baru yang dihadiahkan oleh abah dua hari lepas. ”Kawan mana lagi?” tanya abah. Kelihatannya mereka sudah jemu melihatku keluar dengan ’kawan-kawan’ ku. ”Err.. Sa.. Sa.. Saffiyah.. Kawan Aya masa form 2. Yang pindah ke Kedah hari tu.” kataku. ”Oh.. Ok la kalau macam tu.. Jangan balik lewat sangat ye..” kata mak. Setelah bersalaman dengan kedua orang tua ku, aku pun keluar dari rumah. Kekasih ku, Azman, telah pun setia menungguku di hadapan taman permainan kawasan perumahan ku dengan motosikalnya. ”Hai, baby..” katanya lalu menarik ku merapati tubuhnya yang tegap itu. Sebuah ciuman di hadiahkan pada pipi ku. ”Guna alasan apa lagi baby i hari ni?” tanyanya. ”I guna alasan nak jumpa Saffiyah..” kataku. ”Siapa pula Saffiyah tu?” tanya Azman sambil menyarungkan topi keledar pada kepala ku. ”Tak tau.” kata ku dengan senyuman manja. Azman tertawa. ”Nakal baby i ni tau..” katanya lalu memicit hidungku. ”Nak ke mana malam ni, bie?” tanyaku. ”Tengok wayang la.. I dengar-dengar cerita ada cerita romance main malam ni..” katanya dengan renungan menggatal. Aku ketawa.
                                                                ***        ***        ***        ***

”Bie, I rasa sejuk la..” kataku kepadanya. Azman membuka jaket yang di pakainya lalu disarungkan ke tubuhku. ”Baby, nak tau tak bulan tu cantik macam apa?” tanya kekasih hati ku itu. ”Apa dia?” tanyaku. ”Bulan tu cantik macam seorang perempuan yang I kenal.. Orang tu cantik, manis.. Dia baik ngan setia.. First time I pandang dia, I terpikat sangat.. I tergoda..” kata Azman dengan senyuman. Aku menarik muka masam mencuka. Cemburu! Aku menolaknya ke tepi.  ”Siapa perempuan tu?! I sangka you setia ngan i!” kataku dengan nada yang marah. Azman ketawa terbahak-bahak. Sebaik saja aku ingin berdiri meninggalkannya, dia menarik tanganku. Aku dibawa merapati tubuhnya. ”Baby, kenapa ni?” tanyanya dengan lembut. ”I tak suka la you macam ni.. I sangka you setia ngan i..” kataku dengan sedikit takungan air di tepi mata. Azman menghadiahkan ku sebuah ciuman pada dahi. ”Baby, orang yang i maksudkan tu you la, sayang..” kata Azman. ”Betul ni?” tanya ku untuk kepastian. Dia tersenyum manis dan mengangguk sedikit sebagai tanda setuju. Aku tersenyum.
Kami berdua kembali menghayati pemandangan dari atas kawasan bukit. ”Baby, i cintakan you sepenuh hati i.. Demi you, i sanggup lakukan apapun.. I janji takkan tinggalkan you.. Bila dah sampai masanya, i janji, i jumpa parents you untuk jadikan you isteri i..You nak tak?” tanya Azman. ”Of course la, bie..” kataku pula. “Bie, janji-janji cinta kita tu I nak you  genggam ye.. Jangan sesekali you mungkiri..” kataku lagi. ”Bulan dan bintang menjadi saksi cinta kita, sayang..” kata Azman.
                                                                                ***        ***        ***

To : ayaandmanforeverluv@yahoo.com
From: manluvaya@gmail.com
Baby, you busy tak malam ni?
Kalau tak, I nak jumpa you la.. I miss my baby..
I ada surprise untuk you..  I’ll wait for you, baby..
P/s : Pakai pakaian cantik-cantik tau :D

Aku tersenyum lalu segera membalas e-mel cinta ku itu.

To : manluvaya@gmail.com
From : ayaandmanforeverluv@yahoo.com
Hubby, I miss you too..
I tak busy pun malam ni.. Lagipun mak n abah i takda..
Diaorang ke rumah pak su I kat Johor.. Lusa baru balik..
Tak sabarnya i nak tau apa surprise you tu..

Sebaik saja mandi, aku mengambil semua alatan solekku dan meletakkannya di sisi. Aku pergi layari You-Tube dan mencari tutorial pemakaian make-up yang tercantik. Setelah itu, aku mengenakan dress merah ku yang terbaru. Buat kali pertamanya aku pergi berjumpa dengan Azman tanpa memakai selendang atau apa-apa yang menutup kepala ku. Sebaik saja selesai, aku ke hadapan cermin untuk melihat penampilanku. Aku tersenyum. ”Surely Man tergoda..” kataku. Manakan tidak, dress itu benar-benar mengikut bentuk susuk badan dan panjangnya hanya menutupi paras paha sahaja. Sebaik saja mendengar bunyi hon motor Azman. Aku segera keluar dari rumah.

Azman melihatku dengan penuh kekaguman. ”Ni baby Aya I ke ni?” tanyanya. Aku memperagakannya sedikit pose untuknya. Azman tersenyum nakal. ”Bie, mana surprise yang you janji tu?” tanya ku. ”Kejap lagi you tau la..” katanya. Setelah beberapa minit, kami tiba ke destinasi di mana surprise ku terletak. ’Hotel Kingdom’. Aku dan Azman saling berpandang. Kami memahami hasrat hati masing-masing dan melakukan perkara yang kononnya sebagai bukti cinta kami. Kami hanyut pada cinta dan hanyut pada godaan syaitan.
                                                                                ***        ***        ***

”Bie, macam mana ni?” tanyaku kepada Azman. Dia terdiam. Kami sama-sama buntu. Nampaknya cinta kami benar-benar terbukti dengan pertumbuhan benih dalam rahim ku. Ya, benar. Aku telah mengandung, 4 bulan lamanya. Pada mulanya, aku buat tidak kisah setelah tempoh haid ku terlanjut dari tempoh yang sepatutnya. Namun, lama kelamaan aku rasa tidak sedap badan dan sering loya. Pagi tu, Azman telah membawaku ke klinik untuk pemeriksaan. ”Bie, I dah tak boleh selindung lagi. Mak ngan ayah I dah mula curiga. Cuma ada satu je jalan penyelesaian.” kataku. Azman melihatku dengan harapan cara yang aku sebutkan dapat mengeluarkan kami dari masalah. ”You.. You kena nikah ngan I dalam tempoh terdekat ni..” kataku. Azman kelihatan seperti keberatan. Aku memegang lengannya. ”Bie, tolong la.. I risau ni.. I takut di cerca masyarakat.. Lebih-lebih lagi family i.. Please..” kataku dengan linangan air mata. Azman menarikku dan memelukku dengan erat. ”I cuba..” kata Azman. Aku menghembus nafas kelegaan
                                                                                ***        ***        ***

”Inilah jadinya bila dah takda pedoman agama..” kata abah pada suatu petang. ”Kenapa ni, bang?” tanya mak kepada abah. ”Cuba Mah baca ni..” kata abah lalu menghulurkan surat khabar kepada mak. Selepas beberapa ketika, mak habis membaca lalu menggeleng kepala. ”Nak baca..” kataku kepada mak.  Sebaik saja mak menghulurkan surat khabar, secara tiba-tiba jantungku berdegup kencang apabila melihat tajuk berita tersebut.
Seorang mahasiswa telah ditemui mati pada malam semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Azman, 23 tahun, telah dipercayai membunuh diri dengan menggantungkan diri dengan tali pada kipas biliknya.  
  
Aku terdiam seribu bahasa. ”Bie, sampai hati you tinggalkan i dalam keadaan macam ni..” kataku dalam hati. Tanpa ku sedari, air mataku telah pun menitis. ”Eh, Aya! Kenapa, nak?” tanya abah. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Dada ku benar-benar sebak. Abah memelukku dengan erat untuk menenangkan diri ku. Mak yang berada di sisi abah juga berusaha memujukku. ”Sayang, kalau Aya ada masalah, cerita la kat mak ngan abah..” kata mak. Abah mengangguk. ”Takda apa-apa mak.. ” kata ku pada mak. Setelah itu, aku masuk ke dalam bilik untuk menenangkan fikiran. ”Bie, sampai hati you! You tak bertanggungjawab!” jeritku sekuat hati.
                                                                                ***        ***        ***
”Aya!!” jerit mak dari bilikku. Aku agak terkejut sedikit. Aku segera menuju ke bilikku, tanpa di duga satu tamparan kuat hinggap pada pipi ku. Aku tercengang. Tak pernah-pernahnya mak menampar aku sepanjang hayatku. ”Ni apa ni?! Ha?!” jerit mak sambil memegang pena penguji kehamilan. Aku terdiam. Aku benar-benar lupa untuk membuang alat itu. Abah yang berada di samping mak mendiamkan diri. Dari wajah abah, aku dapat melihat wajah abah begitu memendam kemarahan. Kecewa dengan sikap anak perempuan mereka ini yang di jaga dan didik dengan kasih sayang sejak kecil, namun di balas dengan menconteng arang pada wajah mereka.   

Abah berdiri dan menuju ke arahku. Satu lagi tamparan hinggap ke pipi ku. Air mata kekecewaan abah berlinangan di pipinya. Tidak pernah sepanjang hidupku melihat abah menangis. ”Sampai hati Aya buat gini kat mak ngan abah.. Anak tak tau kenang budi!” jerit abah. Satu lagi tamparan hinggap di pipi ku. Secara tiba-tiba, abah kaku. Dia memegang dada dan secara tiba-tiba rebah. ”Abang!” jerit mak. Aku kaku dan tidak tahu hendak membuat apa. Apabila mendengar jeritan mak, Pak Som jiran sebelah rumah kami datang dengan segera. Dia amat terkejut melihat keadaan abah yang terbaring di atas lantai sambil memegang dadanya. Pak Som segera menelefon ambulans.
Sebaik sahaja ambulans tiba, abah di bawa ke hospital. Namun, segalanya telah terlambat. Abah menghembuskan nafas terakhir dalam kereta ambulans. Aku meraung. Aku bukan sahaja telah membunuh teman lelaki ku, malah aku telah membunuh abahku sendiri. Abah, maafkan Aya!
                                                                                ***        ***        ***
                                                                                ***        ***        ***
Namun, semua peristiwa itu telah berlalu. Sejak abah meninggal, mak menghalau aku keluar dari rumah. Rakan-rakanku tiada seorang pun mahu membantu ku sewaktu kandungan ku semakin sarat. Aku hadapi segalanya sendirian. Kini, setelah 9 bulan janin itu membesar dalam rahimku, lahir la dia ke muka bumi dalam keadaan tidak berbapa dan bergelar ’anak luar nikah’.

Aku tidak sanggup lagi hidup seperti ini! Ini semua salah budak ni! Kalau bukan sebab dia, Azman takkan bunuh diri! Kalau bukan sebab dia, abah takkan mati! Kalau bukan sebab dia, mak takkan halau aku keluar! Ni semua salah budak ni! Sekali lagi dengan rasukan syaitan, aku menambahkan lagi dosa ku yang tidak pasti keampunannya dari Allah S.W.T. Pisau yang berada berdekatan dengan ku, aku angkat perlahan-lahan. Tangan kecilnya itu ku tarik dan membiarkan pisau memainkan peranannya. Aku ketawa seperti syaitan. Tangisan anak kecil itu tidak ku pedulikan. Ni semua salah dia! Setelah habis tubuhnya ku cincang, dia tidak lagi bernyawa. Aku gembira! Aku berjaya membalas dendam! Aku memasukkannya kedalam beg plastik hitam lalu membuangnya ke dalam tong sampah di belakang sebuah kedai.

Hanya tinggal satu lagi cara demi menghilangkan penderitaan ku. Kini, aku telah pun berdiri di hujung bangunan tingkat 8. Aku memandang ke bawah dan terjun. Aku pasti, penderitaan ku akan berakhir. Aku bebas! Secara tiba-tiba kedengaran satu suara membisik kepada ku, ”Siapa kata berakhir? Masih ada lagi satu kehidupan untuk kau.. Kehidupan di mana, penyesalan tidak berguna.. Itulah dia alam barzakh dan alam akhirat..” bisik suara itu. Apa? Ada lagi kehidupan yang menanti? TIDAK!!

Wednesday, 5 October 2011

Hijab


Different people have their own point of view about the purpose of wearing hijab. How about you muslimahs out there? What's your opinion?

Tuesday, 4 October 2011

Pengorbanan Zinnirah

Zinnirah, begitulah namanya. Namanya jarang sekali disebut orang malah mungkin tidak pernah diperkatakan orang langsung. Zinnirah bukan dari golongan wanita yang terkenal di dunia dan tidak mempunyai suatu apa pun. Tetapi, Allah telah memuliakan wanita ini. Allah telah memuliakannya disebabkan pengorbanannya yang begitu hebat sekali.

Menurut sesetengah riwayat, Zinnirah adalah diantara orang yang awal memeluk Islam. Orang yang terdahulu memeluk Islam, biasanya akan menerima seksaan dan penderitaan yang amat pedih berbanding orang-orang yang terkemudian. Zinnirah adalah antara mereka yang mengalami seksaan yang pedih itu. Dia adalah wanita dari keturunan bangsa Rom dan telah ditawan untuk dijual di Kota Makkah. Umar al-Khattab yang pada masa itu belum memeluk Islam telah membelinya dengan harga yang amat murah untuk dijadikan hamba.

Penyebaran agama Islam pada awalnya disampaikan secara tersembunyi. Rasulullah SAW hanya menyampaikannya kepada ahli keluarganya sahaja. Zinnirah yang pada ketika itu sudah memeluk Islam amat khuatir dia akan diketahui oleh Umar. Apa saja ibadah yang dilakukannya adalah ketika tiada sesiapa di dalam rumah ataupun ketika semua manusia telah lena dibuai mimpi. Pada masa itulah Zinnirah akan sujud menyembah Allah dengan penuh linangan air mata. Adakalanya dia akan menangis sehingga tidak sedarkan diri.

Suatu hari, berita keIslamannya telah diketahui oleh Umar. Dengan perasaan marah yang meluap-luap, Umar terus berjumpa dengan Zinnirah dan menyeksanya dengan seksaan yang amat pedih. Zinnirah telah disepak, diterajang, kedua-dua kakinya diikat dan dibiarkan di tengah sinar mentari. Tubuhnya pula ditimpakan batu yang berat sekali. Zinnirah menerima seribu satu macam seksaan dan penderitaan. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan yang dirasakan oleh Zinnirah ketika itu dengan siangnya yang begitu terik dan malamnya yang begitu sejuk.

Apa yang dialami Zinnirah tidak sedikit pun memberi kesan ke atas dirinya. Malah, lidahnya tidak henti-henti mengucapkan kalimah "Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah Yang Maha Besar." Di dalam sanubarinya berdetik, "Ya Allah! Ini adalah untuk-Mu. Aku menerima kepayahan ini untuk kebahagiaanku di dunia dan di akhirat kelak. Berjihad adalah amat sukar dan tidak pernah sunyi dari penderitaan dan kesengsaraan. Namun aku sedar untuk beroleh syurga-Mu, aku harus melalui jalan berliku yang penuh duri, sedangkan beroleh neraka itu dikeliling oleh seribu nikmat." Itulah ucapan Zinnirah untuk mengubati segala kesakitannya.

Hukuman yang paling dahsyat yang dilakukan ke atas Zinnirah adalah ketika matanya ditusuk dengan besi tajam sehingga menyebabkan dia menjadi buta. Biarpun dugaannya amat sukar untuk dilalui oleh Zinnirah, namun dia rela diambil nyawanya dari dipaksa menggadaikan agamanya. Walaupun diseksa dengan begitu berat, Zinnirah tetap memohon kepada Allah SWT untuk diberikan hidayah kepada orang yang telah menimpkan seksaan ke atasnya. Kecintaan Allah telah memberinya semangat untuk menanggung segala penderitaan yang di laluinya.

Sesungguhpun Zinnirah telah buta, dia begitu tenang menerima dugaan dari Tuhannya. Walaupun pada zahirnya dia tidak dapat melihat keindahan alam ini, itu tidak bermakna dia tidak dapat terus menikmati sinaran Islam. Matanya saja yang buta tetapi hatinya tetap menyala dengan api cintanya terhadap agama.

Setelah berlakunya peristiwa ini, musuh-musuh Allah telah mempersendakan Zinnirah. Mereka telah menyebarkan fitnah kononnya Tuhan mereka, Latta dan Uzza telah membutakan mata Zinnirah. Zinnirah telah menyangkal fitnah itu dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku ke atas dirinya adalah takdir Allah dan Allah sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula penglihatannya.

Apabila mendengar kata-kata Zinnirah itu, mereka telah mencabarnya. Terjadilah sedikit keributan di antara mereka. Zinnirah tetap dengan pendiriannya bahawa Allah SWT yang mentakdirkannya menjadi buta disebabkan oleh perbuatan Umar. Akhirnya, mereka telah jemu melihat betapa teguhnya iman Zinnirah dan Umar berhenti menyeksanya. Dia berasa tiada gunanya mereka menyeksa Zinnirah. Ini kerana semakin berat dia menyeksa Zinnirah, semakin teguh imannya kepada Allah.

Akhirnya, Allah telah menunjukkan kekuasaan-Nya, Zinnirah yang buta itu telah pulih penglihatannta. Matanya lebih jernih dari sebelumnya dan dia dapat melihat dengan lebih jelas. Kilauan matanya terpancar terang sehingga mengilaukan pandangan orang-orang Quraisy. Allah telah memberi nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada Zinnirah di atas ketakwaannya. Kemudian, Saidina Abu Bakar telah membelinya dan memerdekakan Zinnirah. Bebaslah dia dari kekejaman orang-orang kafir durjana.

Bagi Zinnirah, cukuplah kasih sayang dan perlindungan dari Allah SWT. Inilah kemerdekaan yang hakiki dan inilah kemerdekaan yang telah dicapai oleh Zinnirah. Dia adalah wanita yang kurang dikenali di dunia, namun dia dikenali oleh seluruh makhluk Allah yang di langit dan sentiasa didoakan oleh mereka.