Wednesday 5 October 2011

Hijab


Different people have their own point of view about the purpose of wearing hijab. How about you muslimahs out there? What's your opinion?

Tuesday 4 October 2011

Pengorbanan Zinnirah

Zinnirah, begitulah namanya. Namanya jarang sekali disebut orang malah mungkin tidak pernah diperkatakan orang langsung. Zinnirah bukan dari golongan wanita yang terkenal di dunia dan tidak mempunyai suatu apa pun. Tetapi, Allah telah memuliakan wanita ini. Allah telah memuliakannya disebabkan pengorbanannya yang begitu hebat sekali.

Menurut sesetengah riwayat, Zinnirah adalah diantara orang yang awal memeluk Islam. Orang yang terdahulu memeluk Islam, biasanya akan menerima seksaan dan penderitaan yang amat pedih berbanding orang-orang yang terkemudian. Zinnirah adalah antara mereka yang mengalami seksaan yang pedih itu. Dia adalah wanita dari keturunan bangsa Rom dan telah ditawan untuk dijual di Kota Makkah. Umar al-Khattab yang pada masa itu belum memeluk Islam telah membelinya dengan harga yang amat murah untuk dijadikan hamba.

Penyebaran agama Islam pada awalnya disampaikan secara tersembunyi. Rasulullah SAW hanya menyampaikannya kepada ahli keluarganya sahaja. Zinnirah yang pada ketika itu sudah memeluk Islam amat khuatir dia akan diketahui oleh Umar. Apa saja ibadah yang dilakukannya adalah ketika tiada sesiapa di dalam rumah ataupun ketika semua manusia telah lena dibuai mimpi. Pada masa itulah Zinnirah akan sujud menyembah Allah dengan penuh linangan air mata. Adakalanya dia akan menangis sehingga tidak sedarkan diri.

Suatu hari, berita keIslamannya telah diketahui oleh Umar. Dengan perasaan marah yang meluap-luap, Umar terus berjumpa dengan Zinnirah dan menyeksanya dengan seksaan yang amat pedih. Zinnirah telah disepak, diterajang, kedua-dua kakinya diikat dan dibiarkan di tengah sinar mentari. Tubuhnya pula ditimpakan batu yang berat sekali. Zinnirah menerima seribu satu macam seksaan dan penderitaan. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan yang dirasakan oleh Zinnirah ketika itu dengan siangnya yang begitu terik dan malamnya yang begitu sejuk.

Apa yang dialami Zinnirah tidak sedikit pun memberi kesan ke atas dirinya. Malah, lidahnya tidak henti-henti mengucapkan kalimah "Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah Yang Maha Besar." Di dalam sanubarinya berdetik, "Ya Allah! Ini adalah untuk-Mu. Aku menerima kepayahan ini untuk kebahagiaanku di dunia dan di akhirat kelak. Berjihad adalah amat sukar dan tidak pernah sunyi dari penderitaan dan kesengsaraan. Namun aku sedar untuk beroleh syurga-Mu, aku harus melalui jalan berliku yang penuh duri, sedangkan beroleh neraka itu dikeliling oleh seribu nikmat." Itulah ucapan Zinnirah untuk mengubati segala kesakitannya.

Hukuman yang paling dahsyat yang dilakukan ke atas Zinnirah adalah ketika matanya ditusuk dengan besi tajam sehingga menyebabkan dia menjadi buta. Biarpun dugaannya amat sukar untuk dilalui oleh Zinnirah, namun dia rela diambil nyawanya dari dipaksa menggadaikan agamanya. Walaupun diseksa dengan begitu berat, Zinnirah tetap memohon kepada Allah SWT untuk diberikan hidayah kepada orang yang telah menimpkan seksaan ke atasnya. Kecintaan Allah telah memberinya semangat untuk menanggung segala penderitaan yang di laluinya.

Sesungguhpun Zinnirah telah buta, dia begitu tenang menerima dugaan dari Tuhannya. Walaupun pada zahirnya dia tidak dapat melihat keindahan alam ini, itu tidak bermakna dia tidak dapat terus menikmati sinaran Islam. Matanya saja yang buta tetapi hatinya tetap menyala dengan api cintanya terhadap agama.

Setelah berlakunya peristiwa ini, musuh-musuh Allah telah mempersendakan Zinnirah. Mereka telah menyebarkan fitnah kononnya Tuhan mereka, Latta dan Uzza telah membutakan mata Zinnirah. Zinnirah telah menyangkal fitnah itu dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku ke atas dirinya adalah takdir Allah dan Allah sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula penglihatannya.

Apabila mendengar kata-kata Zinnirah itu, mereka telah mencabarnya. Terjadilah sedikit keributan di antara mereka. Zinnirah tetap dengan pendiriannya bahawa Allah SWT yang mentakdirkannya menjadi buta disebabkan oleh perbuatan Umar. Akhirnya, mereka telah jemu melihat betapa teguhnya iman Zinnirah dan Umar berhenti menyeksanya. Dia berasa tiada gunanya mereka menyeksa Zinnirah. Ini kerana semakin berat dia menyeksa Zinnirah, semakin teguh imannya kepada Allah.

Akhirnya, Allah telah menunjukkan kekuasaan-Nya, Zinnirah yang buta itu telah pulih penglihatannta. Matanya lebih jernih dari sebelumnya dan dia dapat melihat dengan lebih jelas. Kilauan matanya terpancar terang sehingga mengilaukan pandangan orang-orang Quraisy. Allah telah memberi nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada Zinnirah di atas ketakwaannya. Kemudian, Saidina Abu Bakar telah membelinya dan memerdekakan Zinnirah. Bebaslah dia dari kekejaman orang-orang kafir durjana.

Bagi Zinnirah, cukuplah kasih sayang dan perlindungan dari Allah SWT. Inilah kemerdekaan yang hakiki dan inilah kemerdekaan yang telah dicapai oleh Zinnirah. Dia adalah wanita yang kurang dikenali di dunia, namun dia dikenali oleh seluruh makhluk Allah yang di langit dan sentiasa didoakan oleh mereka.

Cinta Teragung

Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur
Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petanda ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia..


Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti
jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah..





Ya Allah
Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam
Tempat mengadu segalanya
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim





Padamu insan menyerah
Mohon rahmat kasihMu

Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tesergam indah
Bukti adaMu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela
PadaMu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia

Aku tak bersedia lagi..

"Cepat la bagi duit tu mama!" jerit ku sekuat-kuatnya. Mama dan adik-adik ku yang masih kecil menangis ketakutan melihat aku bertindak di luar jangkaan. Tubuhku menggigil-gigil minta dipuaskan oleh 'dia'. Ya, dia! Cintaku yang setia! Ramai orang menganggapnya najis tapi ku menganggapnya cinta sejati. Itulah dia 'dadah'. Huh! Manusia bodoh saja yang menganggap dadah itu najis! Apa yang mereka tau?! Tak kenal maka tak cinta, beb! Jangan suka-suka labelkan dadah tu najis.

"Istighfar, along. Istighfar." kata mama dengan nada yang bergetar-getar. Tangisan adik bongsuku yang berusia 5 tahun itu semakin kuat membuatkan aku semakin tertekan. Tanpa disangka-sangka, aku menarik lengan adikku itu dengan kasar lalu meletakkan pisau yang baru ku beli di lehernya. Mama cemas memujuk ku agar jangan bertindak sedemikian kepada adik kesayangan ku itu. Benar, aku memang sayangkan adik bongsuku itu. Manakan tidak, dia lahir ketika aku berusia 16 tahun dan dia lahir dalam keadaan anak yatim setelah baba meninggal disebabkan serangan jantung. Perbezaan umur yang jauh dan perbezaan jantina kami membuatkan aku sayang kepadanya. Tetapi sekarang semua itu tidak penting lagi! Aku nak duit! Aku nak beli dadah!

"Mama bagi duit RM500 tu kat along, along bagi mama balik adik." kataku dengan kasar. Aku mencucuk-cucuk sedikit leher adik dengan pisau itu. Garisan-garisan luka mula timbul di lehernya. Mahu tidak mahu, mama terpaksa menyerahkan duit RM500 yang mama terima pagi tadi sebagai gaji. Aku tau yang duit itu mama perlukan untuk membeli makanan dan membayar yuran sekolah adik-adikku yang masih belum langsai walaupun sudah 7 bulan sesi persekolahan bermula. Tapi aku tak peduli! Duit tu aku punya!

Sebaik saja merampas duit itu dari mama, aku menolak adik dengan kasar sehingga dia jatuh. Mama dengan segera mendakap dan mencium adik. Aku? Aku pula mencium duit RM500 yang telah pun menjadi milikku. Aku tidak mempedulikan jeritan dan tangisan mama. Aku dengan segera berlari keluar dari rumah dan menuju ke destinasi ku di bawah jambatan. Di situ, Kay sedia menanti dengan barangan yang ku cinta. Sebaik saja, membayar dadah itu secara tunai, aku pun menikmatinya sepuas-puasnya. Dunia ni milik ku! Aku la raja! Tiada sesiapa yang dapat merampas kenikmatan ku ini! Tiada sesiapa! Haha!

                                                   ***************************
"Aduh! Panasnya! Apa ni?!" aku membuka mata dan melihat beberapa orang mengelilingi ku. Salah seorang dari mereka sedang menyiramku dengan air. "Wei! Apa korang buat ni, ha?! Mencabul ke?! Stop! Kalau tak aku report kat polis. Wei!" jeritku sekuat-kuatmya, namun seperti tidak didengari mereka. "Argh! Panas!" jeritku sekuat-kuatnya. Air yang mereka siram pada tubuhku bagaikan air mendidih. Nak membunuh ke?!

"Apa pula lagi ni. Siapa yang benarkan korang ikat aku?! Lepas!" jeritku lagi. Diorang ni pekak ke apa? Tak dengar ke jeritan aku ni. Mama mana? Kenapa biarkan diorang buat gini kat aku? Sebaik saja aku diikat, aku terlihat mama menghampiriku. Adik-adikku yang lain mengiringi mama dari belakang. "Mama, kenapa mama menangis ni? Sebab along berkasar semalam ke? Mama, along minta maaf. Jangan nangis lagi ya mama." pujukku. Tetapi air mata mama semakin deras mengalir. Angah memeluk mama dan meminta mama untuk bersabar. Mama mencium dahiku dengan kucupan dan lembut namun menggusarkan hatiku. Kenapa ni? Apasal takda seorang pun dengar aku bercakap. Adik melihatku dengan pandangan yang sayu. Dia menghampiriku lalu memegang pipiku dengan tangannya yang kecil dan lembut. Seperti mama, adik juga mencium dahi ku. Kegusaran ku bertambah lagi.

"Ada sesiapa lagi yang nak tengok arwah?" tanya tok imam. Stop! Stop! What?! Arwah! Jangan bergurau sembarangan. Tak lawak langsung! Betul ke aku dah mati? Oh Tuhan! Tidak! Aku cuba untuk bergerak namun aku tak dapat nak lepaskan diri. Aku cuba lagi untuk menjerit namun takda sesiapa yang mendengar. Mama hanya melihatku dari penjuru bilik. Aku menjerit minta tolong kepada mama tapi mama hanya memandangku dengan titisan air mata. Tanpa ku sedari, aku telah pun tiba di tanah perkuburan. Jantungku berdegup kuat.

Aku di masukkan ke dalam sebuah lubang yang telah di gali. "Ya Tuhanku! Ampuni la aku ya Allah! Ampuni aku ya Allah!" jeritku. "Mama! Along minta maaf mama! Tolong along! Along takut!" jeritku lagi. Sedikit demi sedikit tanah ditimbus menutupi diriku. Pandangan ku menjadi gelap. Aku langsung tak dapat nak bergerak. Kedengaran tangisan orang ramai menangisi pemergianku. Aku menangis sekuat-kuatnya. "Ya Allah! Aku telah lalai daripada mengingati-Mu ya Allah! Aku telah alpa dari menjalankan tanggungjawabku sebagai anak dengan baik ya Allah! Hidupkanlah aku semula ya Allah! Agar aku dapat melaksanakan perintah-Mu dengan amanah, ya Allah!" ratapku. Satu demi satu tapak kaki kedengaran meninggalkan tapak tanah perkuburan meninggalkan aku sendirian di situ. Aku takut dan gementar. Ya Allah ampuni aku ya Allah! Allah!


From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !

Oh God! Oh God! I cannot see !
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!

Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....

Saturday 1 October 2011

Penantian Ainul Mardhiah


Ainul Mardhiah yang bereti ‘mata yang diredhai’ merupakan bidadari yang sangat rupawan dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain. Dia telah di ciptakan oleh Allah SWT untuk seorang pemuda yang mati syahid.

Suatu pagi dalam bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat untuk para sahabat berjihad pada agama Allah). Rasulullah SAW telah berkata bahawa sesiapa saja yang keluar untuk berjihad di jalan Allah dan tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dikurniakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga iaitu Ainul Mardhiah.

Apabila mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, seorang pemuda yang masih muda belia ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang telah dikatakan oleh Rasulullah itu. Oleh kerana merasa malu kepada sahabat-sahabatnya yang lain, dia berasa agak keberatan untuk bertanyakan hal itu kepada Rasulullah. Walaubagaimanapun dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.

Telah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar sebelum waktu zuhur. Maka pemuda itu pun tidur bersama para jemaah yang lain. Dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri, di suatu tempat yang sungguh indah. Pemuda itu pun bertanya, ”Di manakah aku sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab ”Inilah syurga”. Kemudian pemuda itu pun mengatakan hasratnya untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan ke suatu arah. Maka berjalanlah pemuda itu mengikut arah yang ditunjukkan lalu bertemu dengan sebatang pohon dan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya, ”Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?” Wanita itu pun menjawab, ”Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.”

Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari wanita pertama yang ditemuinya tadi. Wanita itu sedang mengelap permata-permata hiasan di dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya, ”Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?” Wanita itu menjawab, ”Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana.” Lalu pemuda itu pun berjalan menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai.

Di situ, dia melihat seorang wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari wanita pertama yang ditemuinya dan berganda-ganda cantiknya dari wanita yang kedua. Wanita itu berkata kepada pemuda tersebut, ”Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untukku.” Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata, ”Kamu tidak boleh mendekatiku kerana kamu masih belum syahid lagi.” Pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya. Dia lalu menceritakan segala yang dimimpikannya itu kepada sahabatnya. Namun begitu, dia memesan agar jangan diceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah SAW.

Di sebelah petangnya, pemuda itu pergi berjihad bersama-sama Rasulullah dan para sahabat yang lain. Takdir telah menentukan pemuda tersebut gugur syahid. Ketika semua jemaah pulang ke masjid untuk menantikan waktu berbuka, sahabat pemuda yang gugur syahid itu pun bangun dan merapati Rasulullah SAW. Dia menceritakan kepada Rasulullah perihal sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita, Rasulullah menjawab, ”Benar.”

Kemudian setelah sahabat itu selesai, Rasulullah SAW pun berkata kepadanya, ”Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga.”