Thursday, 25 August 2011

Puisi serikandi


  KHADIJAH,
  seindah nama diberi,
  kesetiaanmu pada kekasih Allah,
  itulah dia bukti kesetiaan seorang isteri pada suaminya,
  tatkala suami di pulaukan,
  engkaulah yang setia menemaninya,
  sehingga pabila engkau pergi menemui penciptamu,
dia menangisi pemergianmu,
walaupun dia tahu,
pemergianmu itu akan mengiring juga kepada pertemuan semula di syurga..

FATIMAH,
itulah dia penghulu wanita semesta,
susah senang di harungi dengan tabah,
kelu-kesah tidak pernah dipaparkan olehnya,
'Ummi abiah' itulah gelaran di beri,
bukti kasih seorang puteri kepada ayahanda tercinta,
sabar dengan kehidupan miskin,
bukti kesetiaan seorang isteri kepada suaminya..

ASIAH,
seindah nama ditetapkan Ilahi,
isteri seorang pemerintah yang zalim,
ibu angkat seorang rasul,
ketabahan dirimu adalah ketabahan yang sukar dicari,
saat bumi menjadi saksi peristiwa itu,
kau dengan tenang menghadapinya,
senyuman terhias indah di bibirmu,
adalah senyuman kesyukuran kepada Ilahi,
atas mahligai di syurga yang diciptakan untukmu..

MARYAM,
itulah hadiah yang Allah berikan kepada keluarganya,
pengabdian dirimu hanya kepada Tuhan,
kesucian dirimu dilindungi dengan baik,
sehinggakan Allah memilih rahimmu,
untuk mengandungkan seorang nabi,
walaupun pada pandangan manusia kau hina,
namun pada pandangan Allah kau adalah mulia..